Bawa masuk tiga tonggak tempatan

                                                              Rahmad Darmawan (Arkid)
TIGA pemain tempatan berkualiti akan mewarnai skuad T-Team apabila jendela perpindahan kedua pemain tempatan dan import dibuka 15 Mei ini.
Perkara itu disahkan pengendali The Titans, Rahmad Darmawan yang menyatakan tiga pemain tempatan itu akan beraksi di posisi serangan dan tengah dalam misi memantapkan lagi jentera pasukan.
“Tiga pemain itu belum boleh diumumkan lagi nama mereka kerana kini dalam proses rundingan, bagaimanapun kemungkinan tiga pemain itu hampir pasti akan menyarung jersi skuad T-Team dalam jendela kedua nanti.
“Dengan kehadiran pemain itu kami harap jentera serangan dan tengah pasukan semakin mantap terutama untuk mengharungi saingan Liga Super dan Piala Malaysia selepas bulan puasa nanti,” katanya.
Sebelum ini pengendali kelahiran Indonesia itu membayangkan akan mengugurkan tiga pemain importnya iaitu Mamadou Samassa dari Mali, Farhod Tadjiyev dan Dilshod Sharofetdinov dari Uzbekistan kerana prestasi tidak konsisten.-Harian Metro

No comments:

Powered by Blogger.