TAHNIAH PEMANIS FC





Beberapa minggu yang lepas melalui Twitter, saya telah minta kelab-kelab bolasepak komuniti (amateur) yang minat untuk 'merasmikan' Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) menghantar video tentang diri masing-masing.

Tujuannya adalah untuk memberi peluang kepada pemain-pemain amateur biasa merasai aura SNBJ yang baru sahaja dinaik taraf sempena dengan @KL2017 Sukan SEA dan Para ASEAN pada bulan Ogos dan September nanti.

Ini bakal menjadi tradisi SNBJ dimana pasukan-pasukan komuniti dijemput untuk bermain di SNBJ dari masa ke semasa bagi 'merakyatkan' stadium utama negara kita. Perlawanan mereka akan disusun seperti suasana perlawanan cup final dengan penyokong-penyokong, pengumuman nama dan gambar/grafik disiarkan atas skrin besar, dan lain-lain lagi.

Bagi 'merasmikan' semula SBNJ kali ini saya telah memilih enam kelab komuniti yang akan dijemut dalam masa terdekat untuk beraksi di SNBJ. Mereka adalah:

Shah Alam Antlers
BNM FC
PEMANIS FC
Subang City FC
Majidee83 FC
Kelab Bolasepak Kupang


No comments:

Powered by Blogger.