NORIZMAN PERGIMU TIADA GANTI






Berikutan insiden semasa sesi Ujian Masa CP150 di Bandar Baru Kijal, Kemaman, Terengganu, ia adalah satu berita sedih untuk melaporkan pemergian Norizman Ismail.
  Norizman terjatuh di Selekoh 1 . Marshal dan paramedik melakukan rawatan segera manakala bendera merah dikibarkan pada jam 1552 untuk menamatkan sesi latihan. Jam 1555 Norizman dibawa menaiki ambulan ke unit trauma untuk menerima rawatan segera sebelum dibawa ke hospital dengan mesin sokongan hayat (life support machine) dan pasukan perubatan penuh pada jam 1612. Jarak hospital kurang 10 minit dari lokasi perlumbaan.
  Pihak hospital melakukan usaha terbaik namun Norizman disahkan meninggal dunia pada jam 1650, hari Jumaat, 5 Mei 2017.
  Norizman memulakan karier di Cub Prix pada tahun 2004 dan bergelar juara kelas perdana sebanyak dua kali pada tahun 2005 dan 2011.

Selepas mengadakan perbincangan bersama pasukan-pasukan dan pelumba-pelumba, Cub Prix memutuskan untuk membatalkan perlumbaan sebagai tanda hormat kepada Norizman.

Persatuan Automobil Malaysia dan seluruh komuniti Cub Prix memanjangkan ucapan takziah dan turut berdukacita kepada keluarga, rakan-rakan dan pasukan Norizman.


Nama: Norizman Ismail
Umur: 32 (1985)
Nombor motosikal: 19
Pasukan: ONEXOX TKKR Racing

Pencapaian:

2005
Juara - Expert, Malaysian Cub Prix Championship

2011
Juara - Expert, Malaysian Cub Prix Championship

2012
Keempat
- CP130, Malaysian Cub Prix Championship

2013
Kedua - CP130, Malaysian Cub Prix Championship

2013
Keempat - Underbone 115cc, FIM Asia Road Racing Championship

2014
Kedua - CP130, Malaysian Cub Prix Championship

2014
Keempat - Underbone 130cc, FIM Asia Road Racing Championship

2015
Kedua - Underbone 130cc, FIM Asia Road Racing Championship

2015
Kelima - CP130, Malaysian Cub Prix Championship

2016
Ketiga - CP130, Malaysian Cub Prix Championship

2016
Keenam - Underbone 130cc, FIM Asia Road Racing Championship

No comments:

Powered by Blogger.