IRFAN HARAP PEMAIN KE 12



Penyokong bakal menjadi pemain ke-12 yang juga mampu membantu Terengganu untuk melakar kejutan terhadap pasukan pilihan Kedah dalam perlawanan separuh akhir kedua Piala FA, Sabtu ini.

 Ifran Bakti Abu Salim mengakui kehadiran penyokong bakal membangkitkan semangat pemain untuk bermain bermati-matian untuk layak ke perlawanan akhir pada 20 Mei nanti.

  "Saya memang suka perlawanan di stadium (Sultan Ismail Nasiruddin Shah) ini kerana kedudukan penontonnya dekat dengan padang sekali gus dapat memberi sokongan kepada pemain.
 
"Saya harap penyokong dapat ke stadium beramai-ramai untuk menunjukkan sokongan kepada pemain nanti," katanya.
  Sementara itu, Irfan mengesahkan tanpa kelibat Adib Aizuddin pada perlawanan itu nanti tidak menjejaskan perancangannya untuk berhadapan dengan Kedah.
 
Dia sudah ada strategi ampuh bagi membenam skuad Helang Merah itu yang kini berkelebihan satu jaringan tanpa bolos ketika aksi separuh akhir pertama di Stadium Darul Aman sebelum ini.

  Walaupun Kedah tentunya mahu mempertahankan kelebihan itu tetapi Ifran yakin dengan semangat dan fokus pemainnya ketika ini `sesuatu' mampu dicatat oleh pasukannya.

No comments:

Powered by Blogger.