KENYATAAN MEDIA ISU TINDAKAN PEMOTONGAN MATA T-TEAM DALAM AKSI LIGA SUPER 2017




KUALA TERENGGANU - Berhubung isu diatas pihak pengurusan T-Team telahpun mengemukakan Surat Rayuan kepada FLMP berkenaan tindakan pemotongan mata yang dikenakan sebaik menerima email daripada FLMP semalam (kelmarin).

Ketua Pegawai Operasi T-Team, Aidi-Naim Mohamad Samsani berkata, T-Team tidak berdepan sebarang masalah tunggakan gaji pemain dan pegawai pasukan sehingga kini, bagaimanapun mengalami sedikit kelewatan dalam pembayaran kepada caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, Perkeso dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Begitupun katanya, kesemua bayaran tertunggak itu sudahpun dijelaskan bulan lalu dan surat pengesahan KWSP diterima pada 27 April dan LHDN tiga hari selepas itu (30 April).

“Sememangnya ada sedikit kelewatan dalam mengemas kini sistem pengurusan maklumat bolasepak (SPMB) dan MYPass, bagaimanapun kita telah pun memaklum perkara ini sebelum tarikh akhir diberikan oleh pihak FMLP pada 31 Mac.

“Apa yang boleh saya katakan di sini, kesemua isu berhubung kelewatan pembayaran KWSP, Perkeso dan juga LHDN telah diselesaikan dan akan memastikan perkara sama tidak akan berulang pada masa akan datang,”

Justeru, kami mengharapkan pihak FLMP dapat memberi pertimbangan yang sewajarnya berhubung tindakan pemotongan mata tersebut memandangkan T-Team telah berusaha untuk menyelesaikan isu tersebut sebagaimana garis panduan diberikan FMLP.


KETUA PEGAWAI OPERASI T-TEAM

AIDI-NAIM MOHAMAD SAMSANI

No comments:

Powered by Blogger.